Apa Itu Nudism?
This section has been translated into Bahasa Malaysia for the benefit & understanding of the majority of Malaysian readers.
Apa itu nudism?
Perkataan ‘nudism’ berasal daripada perkataan ‘nude’. Dalam bahasa Inggeris ianya bermaksud; tidak berpakaian, bogel, atau telanjang.
Secara amnya nudism didefinisikan sebagai satu pengamalan atau kebiasaan menjalankan aktiviti kehidupan harian dan sosial dalam keadaan bogel.
Bagi ramai yang baru berhadapan dengan perkataan tersebut sudah pasti beranggapan bahawa berbogel merupakan sesuatu yang memalukan, tidak bermoral, tidak senonoh, & jijik, serta berkait rapat dengan pelbagai aktiviti berunsurkan seks dan pornografi.
Disebabkan itu, definisi & konsep nudism secara keseluruhannya disalahertikan oleh masyarakat secara umum lalu menimbulkan pandangan negatif terhadap pendekatan nudism di Malaysia. Keadaan tersebut dikeruhkan lagi apabila nudism disalahgunakan untuk tujuan mencari kepuasan seksual.
Nudism bukan satu bentuk ‘cult’ ataupun perkumpulan ‘hippies’. Nudism bukan suatu yang khusus untuk golongan gay atau homosexual. Nudism juga bukan aktiviti seks rambang yang melibatkan perkumpulan seksual seperti ‘orgy’ atau ’swingers’.
Konsep serta amalan nudism tidak berlatarkan unsur-unsur seksual yang negatif. Nudism tidak melibatkan aktiviti-aktiviti seperti seks rambang, seks bebas, & seks tidak terlindung.
Dalam konsep & pengamalan nudism, berbogel bukan semata-mata untuk tujuan seksual. Berbogel dalam erti nudism tidak semestinya terhad kepada bilik tidur semasa bertukar pakaian, ataupun semasa mandi.
Berbogel, melalui pendekatan nudism tidak menghadkan atau menghalang seseorang daripada menjalankan dan melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan harian seperti biasa. Nudism sebenarnya banyak memberi fokus & mengetengahkan aktiviti-aktiviti positif kehidupan, rekreasi, & kesihatan.
Walaupun pada dasarnya nudism menggalakkan kita berbogel dalam pelbagai suasana kehidupan harian tetapi, ia bukan merupakan sesuatu yang wajib dilakukan sehingga melampaui had & batasan yang telah ditetapkan dari segi undang-undang, kemasyarakatan, & budaya.
Nudism boleh membawa kita lebih dekat kepada alam semulajadi, kepada rasa kebebasan, ketenangan, & kemesraan apabila kita bebas dari belenggu pakaian. Malah, ia banyak mengajar tentang aspek kehidupan yang lebih positif.
Nudism boleh dipraktikkan dalam pelbagai aspek kehidupan peribadi & sosial yang sihat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau agama.
Ia berupaya membina keyakinan diri, serta mengajar & membuka minda kita supaya melihat keadaan persekitaran kita dengan lebih positive. Ia menyedarkan kita bahawa perbezaan antara manusia merupakan sesuatu yang unik yang seharusnya kita hargai.
Secara tidak langsung, dengan memahami nudism secara keseluruhannya, ia merupakan satu cara yang boleh mendidik kita supaya lebih menghormati diri sendiri, menghormati antara satu sama lain, menerima kelainan diri, serta kelainan & perbezaan yang ada pada orang lain.
Dalam keadaan bogel, seseorang itu akan lebih ‘terdedah’. Bukan sahaja terdedah dari segi fizikal tetapi, terdedah juga dari segi peribadi. Tidak ada yang terselindung. Darjah, pangkat, dan status seseorang tidak lagi terselindung disebalik penampilan pakaian luarannya.
Membiasakan diri untuk berbogel dalam pelbagai sudut kehidupan kita sebagai seorang nudist pada kenyataannya bukan untuk semua, lebih-lebih lagi di kalangan masyarakat di Malaysia. Masih ramai yang tidak mahu membuka minda & tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibawa melalui nudism. Namun begitu, pilihan untuk mempraktikkan nudism tetap bersandar kepada setiap individu itu sendiri.
Apa yang boleh disyorkan adalah untuk sesiapa sahaja membuka minda & berikan peluang untuk diri mencuba nudism terlebih dahulu & kemudian lihat tahap keselesaan & reaksi diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
(Adapted from Nudist of Borneo Blog)